awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Latihan ular di sekolah: Melampau dan terlalu bodoh - Netizen

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
18/10/2016
10:46 MYT
Latihan ular di sekolah: Melampau dan terlalu bodoh - Netizen
Rakaman video berdurasi 2.50 minit itu nyata mengundang kemarahan netizen.
“Melampau dan terlalu bodoh ” – itulah antara komen yang dilontarkan netizen gara-gara sebuah program di sebuah sekolah yang menggunakan ular dalam latihannya.
Viral di media sosial sejak semalam, satu rakaman video yang menyaksikan sekumpulan murid perempuan yang dipercayai mengikuti sebuah kem pembentukan jati diri menjerit ketakutan apabila dipaksa masuk ke dalam kolam berisi seekor ular.
Beberapa murid sekolah rendah dilihat menjerit dan menangis ketakutan, manakala yang lain enggan melakukan aktiviti tersebut.
Kejadian dipercayai berlaku di Kuala Kangsar, Perak dan difahamkan diadakan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebagai sebahagian daripada latihan mereka untuk mengatasikan ketakutan diri.
Rakaman video berdurasi 2.50 minit itu nyata mengundang kemarahan netizen.
Pengguna media sosial rata-ratanya mempersoalkan kewajaran mengadakan latihan seperti ini, memandangkan ia amat berbahaya.
Ada yang menyifatkan latihan itu sebagai terlalu ‘bodoh’, dan berpendapat bahawa latihan seperti ini tidak sesuai untuk mendidik murid sekolah.
Malah, menurut netizen, latihan pembentukan jati diri seperti ini merupakan satu bentuk penderaan dan tidak akan membantu murid mengatasi ketakutan tetapi menyebabkan mereka menjadi trauma.
Geram pulak bila tgk video latihan jpam campak ular tu (rujuk mynewshub) terus xjadi tegur.Apa benda modul campak ular bagi budak berani?
— Jefri Udoba (@JefriiMY) October 17, 2016
Budak2 sekolah pergi latihan JPAM, pelatih campak ular dalam kolam tempat budak2 tu buat latihan.
— Najihah NA (@__Najihah_) October 17, 2016
Guna ular dalam modul latihan tu sebenarnya guna ular apa? Jangan kata ular tedung Tapi ular mana² pun still bahaya even ular sawa.
— Fattah Amier (@amierazrul) October 18, 2016
Topic Berkaitan
#APM
#latihan ular
#sekolah
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan