awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 1,000 penjawat awam bankrap tahun lalu

Bernama
Bernama
08/03/2017
07:18 MYT
Lebih 1,000 penjawat awam bankrap tahun lalu
Azalina berkata demikian sebagai menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) mengenai perkara itu di persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Seramai 1,093 penjawat awam diisytihar bankrap tahun lalu berbanding 960 orang tahun sebelumnya, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata 606 kes kebankrapan melibatkan golongan itu direkodkan pada 2014 dan 617 pada 2013, menjadikan 3,276 penjawat awam diisytihar bankrap dari 2013 hingga 2016.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) mengenai perkara itu di persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Mengulas lanjut, Azalina berkata rekod Jabatan Insolvensi Malaysia bagi 2013-2016 menunjukkan 82,383 individu telah diisytihar bankrap oleh mahkamah.
Daripada jumlah itu, Selangor mencatat bilangan tertinggi iaitu 22,593 kes manakala Perlis mencatat kes terendah iaitu 354.
Dalam pada itu, Azalina berkata Rang Undang-Undang Kebankrapan (Pindaan) 2016 yang telah dibaca kali pertama pada 21 Nov tahun lalu akan dibaca buat kali kedua pada sidang kali ini.
Rang undang-undang itu antara lain akan memberi tumpuan kepada penjamin sosial iaitu mereka yang menjadi penjamin kepada geran pendidikan, sewa beli kenderaan dan pinjaman perumahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azalina Othman Said
#bankrap
#Dewan Rakyat
#muflis
#penjawat awam
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan