Seramai 1,256 pelajar sekolah dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah sejak enam bulan pertama tahun ini, kata Pengarah Bahagian Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Abdul Rahman Hamid.
Beliau berkata ini berdasarkan ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas mereka dalam pemeriksaan yang dijalankan AADK di sekolah-sekolah.
"Dari kalangan pelajar sekolah ini walaupun masih terkawal, tetapi dianggap serius kerana bilangan itu semakin meningkat dibandingkan dengan tahun lalu.
"Kami kesan pelajar-pelajar ini merupakan penagih baharu. Meskipun baru terlibat, kami tetap berikan kesedaran melalui program-program yang dijalankan supaya mereka dapat menjauhkan diri daripada terus bergelumang dengan najis dadah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Menandatangani Nota Persefahaman (NoU) antara AADK Negeri Sembilan dan Kolej Cosmopoint Seremban di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah AADK Negeri Sembilan Ismail Ahmad Khairi.
Abdul Rahman berkata sekolah-sekolah yang didapati pelajar mereka terlibat dengan penyalahgunaan dadah dikategorikan sebagai sekolah berisiko dan justeru itu, AADK mengambil tindakan berkolaborasi bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengatasi masalah itu
"Pihak kerajaan mengganggap serius perkara ini dan tindakan serius akan diambil dengan menggerakkan program-program yang sepatutnya dibuat dalam kalangan pelajar yang terlibat," katanya.
Beliau berkata pelajar yang positif dadah ini akan di tempatkan di bawah program 'Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya (SHIELDS)' dan program Intelek Asuhan Rohani (Pintar).
Sementara itu, pada tahun ini didapati bilangan paling ramai pelajar terlibat penyalahgunaan dadah adalah di Kedah dan bagi tempoh enam bulan pertama ini juga, AADK mengesan 337 pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan swasta terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Majlis menandatangani MoU antara AADK Negeri Sembilan dan Kolej Cosmopoint Seremban itu bertujuan memberi pemahaman dan pendedahan tentang kesan dadah kepada golongan belia di samping menerapkan semangat kesukarelaan dalam diri pelajar melalui penyertaan program-program komuniti yang dianjurkan AADKNS.-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2017
Dari kalangan pelajar sekolah ini walaupun masih terkawal, tetapi dianggap serius kerana bilangan itu semakin meningkat dibandingkan dengan tahun lalu. - Gambar hiasan
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
61 klien AADK terima bantuan keperluan sambut Aidilfitri
Seramai 61 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Selangor menerima sumbangan bantuan barang keperluan sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri akan datang.
Aidilfitri: AADK adakan sesi lawatan khas bermula 14 April
AADK akan mengadakan sesi lawatan khas keluarga atau penjaga klien yang sedang mengikuti RPDI di 30 PUSPEN di seluruh negara sempena sambutan Aidilfitri.
AADK pantau PPDP agar tiada unsur dera, aniaya atau buli pelanggan
Katanya, meskipun PPDP menggunakan kaedah tersendiri dalam silibus pemulihan mereka, tidak bermakna pengusaha boleh melanggar peraturan.
AADK sasar 16 kawasan berisiko tinggi ditukar status kepada berisiko rendah tahun ini
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menyasarkan 16 kawasan yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi (KBT) penagih dadah untuk ditukar statusnya menjadi kawasan berisiko rendah (KBR) tahun ini.
AADK lancar rumah perantaraan tingkatkan usaha pemulihan dadah
AADK dengan kerjasama MAIWP menyediakan kemudahan Rumah Perantaraan AADK kepada penagih dadah bagi membantu golongan itu pulih daripada penagihan.
Jeti haram di perairan Perlis bertambah, sukarkan pemantauan pasukan keselamatan
Kewujudan jeti haram di sekitar perairan Perlis menyukarkan pasukan keselamatan memantau aktiviti berkaitan penyeludupan bahan terlarang di perairan negeri itu.
Separuh daripada 155 KBT bertukar status KBR - KP AADK
Agensi Anti Dadah Kebangsaan mengenal pasti separuh daripada 155 Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) penagih dadah berjaya bertukar status kepada Kawasan Berisiko Rendah (KBR).
JAIPk, AADK gempur premis disyaki pusat pelacuran, 43 ditahan
Dalam operasi membanteras pelacuran di Jalan CM Yusuf, Ipoh, pada Jumaat malam, 43 ditahan terdiri daripada lelaki dan wanita.
Keluarga main peranan penting bantu pulih ketagihan dadah - Shamsul Anuar
Masyarakat juga perlu memainkan peranan untuk bersama membantu memulihkan mereka yang terjerumus dalam gejala ketagihan dadah.
Kempen antidadah kalangan remaja perlu dianjur lebih kerap
Kempen antidadah dalam kalangan remaja boleh mengisi masa senggang mereka dengan aktiviti sihat.