Lebih 100 NGO dan badan korporat berkumpul di Kompleks Sinar Harian bersempena dengan program "Sinar4Rohingya" Solidariti Untuk Kemanusiaan anjuran Sinar Harian bagi menyuarakan rasa keprihatinan terhadap nasib etnik tersebut yang sedang dizalimi di Rakhine ketika ini.

Pada majlis ini satu kempen kesedaran melalui hebahan media menerusi media cetak Sinar Harian, Sinar Online dan juga Sinar TV dilancarkan bagi meningkatkan kefahaman rakyat mengenai krisis yang menimpa kaum Rohingya.

Kempen itu akan memberi fokus kepada pengumpulan dana bagi membantu kemudahan asas termasuk makanan, perubatan, pendidikan dan juga pemulihan samada untuk mereka di Malaysia atau pun di negara Myanmar.

BACA: Selesaikan kerisauan kebanjiran Rohingya di Malaysia - Bastien

BACA: Tabung 'Sinar4Rohingya - Solidariti Untuk Kemanusiaan' dilancar petang ini

Kesemua dana yang dikumpul akan dimasukkan ke dalam akaun bank khusus untuk program berkenaan. Sehingga Juai tahun ini sejumlah 59,000 pelarian Rohingya telah didaftar oleh United Nation High Commissioner For Refugees (UNHCR) di Malaysia.