awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 12 jam di SPRM, Rosmah Mansor akhirnya keluar

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
26/09/2018
14:43 MYT
Lebih 12 jam di SPRM, Rosmah Mansor akhirnya keluar
Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya keluar dari Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya selepas 12 jam beri keterangan.
Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas lebih 12 jam berada dalam ibu pejabat suruhanjaya itu.
Rosmah keluar dari bangunan SPRM kira-kira jam 10.45 malam.
Beliau sebelum itu tiba kira-kira jam 9.50 pagi menaiki kereta Proton Perdana.
Turut sama, dua peguamnya, Datuk Geethan Ram Vincent dan Datuk K. Kumaraendran.
Rosmah sempat menjawab soalan wartawan yang mahu tahu keadaannya selepas disiasat lebih 12 jam.
BACA: Selepas lebih 7 jam di SPRM, mana Rosmah Mansor?
“Saya okay, alhamdulillah,” katanya.
Ini merupakan kali kedua Rosmah dipanggil ke suruhanjaya itu.
Beliau difahamkan memberi keterangan kepada SPRM berhubung siasatan kes pengubahan wang haram.
Rosmah sebelum ini diberikan notis untuk hadir oleh pegawai SPRM pada pukul 10 pagi semalam.
Walaupun terdapat desas-desus mengatakan Rosmah akan didakwa hari ini, namun tiada sebarang pengesahan dibuat SPRM.
Sementara itu, peguam Rosmah, Datuk K. Kumaraendran berkata pihaknya tidak dapat memberikan sebarang kenyataan setakat ini.
Topic Berkaitan
#K Kumaraendran
#Najib Razak
#pengubahan wang haram
#Rosmah Mansor
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan