awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
25 mayat ditemukan dalam operasi SAR tanah runtuh di Bandung Barat
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei curi tumpuan, martabat Bahasa Melayu dalam wawancara Bahasa Inggeris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 260 sekolah laksanakan Modul 10 Minit Perhimpunan

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
21/03/2019
05:28 MYT
Lebih 260 sekolah laksanakan Modul 10 Minit Perhimpunan
Maszlee berkata, modul M10MP merupakan himpunan aktiviti yang bersifat unpacked curriculum yang komprehensif dan berstruktur. - Gambar fail
Lebih 260 sekolah telah melaksanakan Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP).
Pada masa sama, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, kementeriannya tidak pernah mewajibkan mana-mana sekolah untuk melaksanakannya.
“Namun, pengetua dan guru besar digalakkan untuk menggunakan kreativiti mengikut konteks sekolah dalam melaksanakan aktiviti di sekolah masing-masing.
“Modul ini adalah merupakan himpunan aktiviti yang bersifat unpacked curriculum yang komprehensif dan berstruktur,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap), di Dewan Rakyat.
Dalam pada itu, hasil tinjauan pada 2018 terhadap keberkesanan dalam modul berkenaan, di mana ia berjaya memberi penguasaan kepada kemahiran insaniah murid dari pelbagai aspek.
“Ia termasuk aspek kepimpinan, komunikasi, pemikiran inovatif dan kreatif, kemahiran dwibahasa, pembangunan karakter murid, nilai dan etika,” tambahnya.
Katanya lagi, acara Perhimpunan 10 minit itu dilaksanakan sepenuhnya ke atas murid dan bukan guru.
“Jadi, murid boleh berkreativiti dalam melaksanakan (program) 10 minit itu,” ujar Maszlee.
Selain itu, kementeriannya juga sedang menyediakan Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni yang memberi fokus kepada tanggungjawab, kebahagiaan, kasih sayang dan hormat-menghormati.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#guru
#M10MP
#Mahdzir Khalid
#Maszlee Malik
#Modul 10 Minit Perhimpunan
#pendidikan
#perhimpunan
#sekolah
#tinjauan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan