awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pearly-Thinaah intai gelaran Super 1000 di Terbuka Malaysia
Peniaga didenda RM80,000 buat sambungan haram elektrik bagi lombong bitcoin
Misi Kemanusiaan GSF 2.0 dijangka dilancar pertengahan tahun ini - Sani Araby
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 62,000 pas perjalanan tanpa had My30 dijual

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
28/06/2020
06:40 MYT
Lebih 62,000 pas perjalanan tanpa had My30 dijual
Tengku Zafrul berkata, jumlah pas perjalanan dijangka meningkat dengan pembukaan semula sekolah secara berperingkat. - Gambar fail
Lebih 62,000 pas perjalanan tanpa had My30 berjaya dijual sejak pakej itu dilaksanakan pada 15 Julai lalu.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah itu dijangka meningkat dengan pembukaan semula sekolah secara berperingkat.
"Selepas terjejas teruk ekoran penularan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jumlah penumpang perkhidmatan awam di bawah kendalian Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang mencatatkan purata 1.1 juta sehari kini beransur naik.
"Jumlah itu meningkat 40 peratus daripada jumlah sebelum PKP selepas kerajaan membenarkan jumlah penumpang 100 peratus kapasiti dalam perkhidmatan rel pada 11 Jun lepas," katanya dalam sidang media di sini pada Ahad.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, pihaknya percaya langkah pengenalan My30 yang diumumkan sebagai antara strategi utama di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi (Penjana) akan menjadi pemangkin merancakkan semula aktiviti perniagaan sekitar Lembah Klang dan Selangor.
"Dengan perbelanjaan pengangkutan diletakkan pada kadar minima iaitu RM30 untuk 30 hari atau hanya RM1 sehari, sudah pasti ia sangat berbaloi dan cukup berguna untuk bergerak di Lembah Klang," katanya.
Sementara itu, jelas beliau, untuk pakej pas perjalanan pas MyCity, Prasarana akan menurunkan lagi harga daripada RM10 kepada RM5 sahaja manakala untuk pas tiga hari pula dikurangkan daripada RM25 kepada RM15.
"Selain itu, bagi membantu merangsangkan kembali ekonomi, Prasarana turut bersetuju menyediakan peruntukan RM5 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan berskala kecil ditawarkan kepada kontraktor dalam kelas G1.
"Di samping itu, Prasarana yang menjadi operator perkhidmatan Transitl Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya kini sedang mengiklankan lebih 300 peluang pekerjaan pelbagai jawatan untuk berkhidmat dengan rangkaian MRT itu yang akan dibuka untuk fasa 1 pada tahun depan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#kerajaan
#Klang
#koronavirus
#Malaysia
#Media
#menteri
#MRT
#PAS
#PENJANA
#PKP
#prasarana
#Putrajaya
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan