Kerajaan membelanjakan lebih RM42 juta bagi pembayaran Elaun Sara Hidup Nelayan pada lima bulan pertama tahun ini.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan ll, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, berkata elaun bulanan sebanyak RM250 itu disalurkan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
"Di Kelantan sehingga Mei lalu, kerajaan membelanjakan sebanyak RM1.2 juta bagi bantuan Elaun Sara Hidup kepada nelayan yang layak menerima bantuan itu bagi meringankan bebanan golongan terbabit berdepan cabaran ekonomi ketika.
"Pihak kerajaan melalui LKIM melaksanakan pelbagai bantuan kepada nelayan seperti Bantuan Sara Hidup Nelayan, Bantuan Subsidi Diesel dan Petrol, Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Perjumpaan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II bersama Ahli Persatuan Nelayan Kawasan Tumpat di Dewan Terbuka, Kompleks LKIM Geting, Tumpat di sini, pada Sabtu.
Sementara itu, Che Abdullah berkata pihaknya menyasarkan seramai 1,000 peserta akan menerima bantuan peruntukan sebanyak RM10 juta menerusi Program Rezeki Tani yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun bermula 2019 hingga 2020.
"Program ini adalah untuk golongan miskin serta isi rumah dengan pendapatan tidak melebihi RM2,614 sebulan dan berdaftar dalam sistem eKasih. Keutamaan diberikan kepada calon berusia 18 sehingga 60 tahun yang sedang menjalankan aktiviti pertanian, penternakan, perikanan dan lain-lain.
"Selain bantuan peralatan menangkap ikan, LKIM turut menyalurkan bantuan kepada peserta Program Rezeki Tani yang menjalankan aktiviti pemprosesan keropok, budu serta perniagaan makanan dan minuman," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 04 2020
Selain bantuan peralatan menangkap ikan, LKIM turut menyalurkan bantuan kepada peserta Program Rezeki Tani yang menjalankan aktiviti pemprosesan keropok, budu serta perniagaan makanan dan minuman. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan
Yayasan Ikhlas telah mengadakan Lawatan ke Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan demi memberikan hiburan dan keceriaan kepada 30 anak OKU.
Pelbagai negara tawar sokongan untuk Taiwan selepas gempa bumi kuat
Beberapa rakan diplomatik Taiwan menyuarakan kebimbangan dan sokongan mereka beberapa jam selepas gempa itu.
UAE henti bantuan ke Gaza melalui laut
UAE juga menunggu jaminan keselamatan lanjut dari Israel dan siasatan penuh terhadap kematian pekerja bantuan itu.
Aafiyah, Afwa pendorong Siti Nurhaliza bantu rakyat Palestin di Rafah
Naluri keibuannya meruntun apabila melihat kebanyakan korban terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak tidak berdosa.
Koridor maritim Gaza beroperasi hujung minggu ini
Pengumuman ini menyusul rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk membina pelabuhan sementara di Gaza.
AS mahukan lebih banyak bantuan kemanusiaan di Gaza
Washington juga optimis tentang potensi koridor bantuan maritim ke Gaza yang sedang diusahakan.
Bantuan Kembali Ke Sekolah akan terus diperhebat untuk rakyat - Anwar
Kerajaan akan meneruskan usaha bagi memperhebatkan program bantuan "Kembali Ke Sekolah'', kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bantuan masuk ke Gaza makin merosot, kritikal
PBB berkata, angka harian menunjukkan penurunan mendadak dalam bekalan bantuan sejak 9 Februari.