Wang tunai dan jongkong emas bernilai lebih RM5 juta dirampas dan disita setakat ini susulan penahanan ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian disyaki terlibat dalam rasuah.
Dalam penemuan terbaharu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merampas dan menyita wang tunai serta jongkong emas bernilai RM2.6 juta daripada peti simpanan beberapa bank.
Menurut sumber SPRM, rampasan terbaharu itu dilakukan setelah SPRM membuka peti simpanan emas di sebuah bank dan merampas jongkong emas seberat lapan kilogram yang dianggarkan bernilai RM1.6 juta.
"SPRM turut membuka beberapa peti simpanan di bank lain dan merampas wang tunai hampir RM1 juta termasuk AUD80,000," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
BACA: KKLW sedia bekerjasama dengan SPRM berhubung siasatan rasuah - Ismail Sabri
BACA: KSU kementerian, dua anak lelaki direman tujuh hari
Semalam, SPRM merampas dan menyita wang tunai serta jongkong emas bernilai kira-kira RM3 juta selepas menahan KSU yang bergelar 'Datuk' dan berusia 59 tahun bersama dua anak lelakinya yang berumur 29 tahun dan 34 tahun di kediaman mereka di USJ, Subang Jaya, dekat sini.
Selain itu, sumber itu berkata pihaknya turut menyita sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima milik anak suspek di rumahnya di USJ, Subang Jaya, hari ini.
Sumber itu turut memberitahu, suspek-suspek berkenaan dipercayai mempunyai lebih 10 lot tanah di atas nama anggota keluarganya di sekitar Lembah Klang, namun SPRM masih sedang melakukan pengesahan serta menilai tanah-tanah terbabit.
"SPRM juga akan bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memastikan sama ada suspek berkenaan pernah membuat sebarang pembayaran cukai sejak 2010 lepas," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut tetapi enggan memberikan butiran.
Beliau berkata tiada tangkapan baharu dilakukan setakat ini.
Walaubagaimanapun, Azam tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes itu.
KSU dan kedua-dua anaknya itu ditahan reman tujuh hari bermula hari ini sehingga 11 Jan bagi membantu siasatan menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya untuk menerima rasuah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 05 2017
Wang tunai dan jongkong emas bernilai lebih RM5 juta dirampas dan disita setakat ini susulan penahanan KSU sebuah kementerian. - fotoBERNAMA
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
CAP gesa perkukuh Perjanjian Global Plastik, elak krisis pencemaran sisa
CAP minta rundingan Perjanjian Plastik Global perkukuh kandungan dalam perjanjian ini bagi mengelakkan krisis pencemaran sisa plastik terus berlaku.
Program perintis AI Sandbox sasar 900 pemula niaga,13,000 bakat baharu AI menjelang 2026
Inisiatif ini adalah untuk mendorong Malaysia ke arah masa depan yang dipacu oleh inovasi, produktiviti dan daya saing.
Pencemaran udara dapat ditangani dengan penglibatan Datuk Bandar, pemimpin masyarakat - WHO
Datuk Bandar bukan hanya berperanan memantau sesebuah wilayah, tetapi juga harus membudayakan setiap polisi yang diperkenalkan khususnya mengenai pencemaran udara.
KPT mahu lahir ramai pakar dalam bidang kesihatan planet
Kerajaan bercadang untuk memberikan penekanan untuk menghasilkan graduan yang seterusnya menjadi pakar dalam bidang Planetary Health atau Kesihatan Planet di masa akan datang. Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zaini Ujang ketika ditemu bual Astro AWANI seusai memberikan ucapan bersempena penganjuran Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) pada Khamis berkata, untuk menjayakan perkara itu dua kerangka perlu dilaksanakan.
Kadar miskin tegar di Johor rendah, mampu diatasi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat menoktahkan kadar kemiskinan tegar di Johor.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Google pecat 28 pekerja protes perjanjian pengkomputeran awan dengan Israel
Google memecat 28 pekerja yang mengambil bahagian dalam bantahan terhadap projek gergasi teknologi bernilai US$1.2 bilion untuk membekalkan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada kerajaan Israel, Sputnik memetik laporan media AS pada Khamis.
Jepun dilanda gempa bumi, sembilan cedera
Sembilan orang dilaporkan cedera selepas gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda barat daya Jepun, pada Khamis.
Peserta Freedom Flotilla to Gaza dari Malaysia tiba di Turki
Kesemua 19 peserta dari Malaysia yang menyertai misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tiba di Istanbul, Turkiye pada 2.47 petang Khamis (waktu tempatan).
Banjir di Melaka pulih sepenuhnya
Pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan di Melaka bagi menempatkan mangsa banjir di beberapa kawasan di negeri itu ditutup sepenuhnya pada Khamis.
Wanita berputih mata, peti besi mengandungi jongkong emas dan wang tunai lesap
Seorang wanita berputih mata apabila sebuah peti besi keselamatan miliknya yang mengandungi jongkong emas dan wang tunai dianggarkan bernilai RM3 juta, dicuri.
Bebas tuduhan perdaya beli jongkong emas, bekas pengurus bank didakwa pula 47 pertuduhan tipu
Seorang bekas pengurus perhubungan sebuah bank dihadapkan ke mahkamah atas 47 pertuduhan menipu melibatkan kerugian RM3.1 juta.
Penipuan pelaburan forex: 'Datuk' ditahan, polis rampas barangan RM127 juta
Polis menahan 10 individu, termasuk seorang bergelar "Datuk", disyaki terlibat dalam skim penipuan pelaburan forex di sekitar Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor.
Bekas pengurus perhubungan bank didakwa pecah amanah, beli tujuh jongkong emas
Mohd Saibulrijal Mohd Saad bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Dua didakwa buat hantaran palsu berhubung kehilangan jongkong emas di kuil Batu Caves
Seorang lelaki dan seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang hari ini atas pertuduhan menghantar komunikasi palsu berhubung kehilangan jongkong emas.
Pukul pengawal peribadi berpuasa: PDRM dalam proses sita harta suspek
Bukit Aman juga menjalankan siasatan terhadap suspek mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001.
Permintaan barang kemas di India susut 48 peratus
Permintaan terhadap barang kemas emas di India merosot 48 peratus bagi suku ketiga Julai hingga September lepas berbanding tempoh sama pada 2019 susulan sentimen pengguna yang terjejas akibat penulara
Yakeb cadang jual jongkong emas bantu bekas atlet
Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan perlu mencari idea baharu untuk menjana pendapatan kerana tidak boleh sentiasa bergantung kepada bantuan kerajaan.
KSU sebuah kementerian dan anak dijangka dituduh di mahkamah esok
Ketua Setiausaha sebuah kementerian bergelar 'Datuk' akan dituduh esok di mahkamah atas pertuduhan rasuah.
Lebih RM5 juta wang tunai dan jongkong emas dirampas
Wang tunai dan jongkong emas bernilai lebih RM5 juta dirampas dan disita setakat ini susulan penahanan ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian disyaki terlibat dalam rasuah.