Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Lebuh Raya Mex tawar diskaun tol 50 peratus pada hari pertama Syawal

Lebuh Raya Mex tawar diskaun tol 50 peratus pada hari pertama Syawal
Diskaun 50 peratus menanti pengguna Lebuh Raya Maju Expressway sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri esok.
KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Raya Aidilfiri esok, pengguna-pengguna Lebuh Raya Maju Expressway (Mex) akan menikmati diskaun tol sebanyak 50 peratus.

Maju Expressway Sdn Bhd yang juga anak syarikat Maju Holdings dalam satu kenyataan, berkata diskaun itu sah untuk semua pengguna dan kelas kenderaan pada hari tersebut bermula jam 12 tengah malam hingga 11.59 malam.
"Untuk maklumat lanjut dan informasi trafik terkini, hubungi talian bebas tol MEX di 03-83159111 atau ikuti MEXTraffic melalui Twitter dan Facebook," kata kenyataan itu.

Kerajaan membenarkan orang ramai untuk merentas daerah bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Bagaimanapun, aktiviti ziarah dihadkan seramai 20 orang sahaja pada satu-satu masa, bergantung saiz sesebuah kediaman.


Tag: diskaun, 50 peratus, Lebuh Raya Maju Expressway, Maju Expressway Sdn Bhd, Maju Holdings, Hari Raya Aidilfiri



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.