Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini telah menafikan penglibatan beliau dalam sebuah video seks yang didakwa melibatkan dirinya, baru-baru ini.

Menurut Chong Wei sebagai memetik laporan beberapa portal tempatan hari ini, wajah lelaki yang dipaparkan dalam video berdurasi 11 minit itu langsung tidak menyerupai wajahnya.

Chong Wei, 35 tahun mendakwa telah menerima klip video berkenaan dari pelbagai pihak selepas video itu tular di media sosial.

Namun, Chong Wei turut dipetik sebagai berkata tidak akan membuat laporan polis.

Menurut Presiden BAM Datuk Seri Norza Zakaria, pihaknya tidak mahu memberi sebarang komen buat masa ini.

"Saya tidak tahu lagi mengenai perkara ini," jawabnya ringkas.

Buat masa ini, Astro AWANI sedang berusaha mendapatkan reaksi dari Chong Wei.