awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Legenda bola sepak negara, M. Chandran meninggal dunia

Bernama
Bernama
28/09/2019
05:02 MYT
Legenda bola sepak negara, M. Chandran meninggal dunia
Mendiang M. Chandran meninggal dunia berikutan penyakit gangguan saraf motorik di rumahnya di Ampang Jaya kira-kira 7.30 pagi Sabtu. - Gambar fail
Datuk M. Chandran, yang dianggap sebagai pemain paling bernilai bagi Malaysia semasa era kegemilangan bola sepak negara pada tahun 60-an dan 70-an, meninggal dunia berikutan penyakit gangguan saraf motorik di rumahnya di Ampang Jaya, di sini kira-kira 7.30 pagi ini.
Mendiang, 77, meninggalkan seorang isterin Datin A. Pushpalatha, dan dua anak lelaki masing-masing berusia 36 dan 38 tahun.
Ahli exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Christopher Raj ketika dihubungi Bernama berkata, mendiang M. Chandran disahkan meninggal dunia oleh doktor yang membuat pemeriksaan ke atasnya pagi ini dan menambah bahawa jenazahnya akan dibawa ke Tapak Krematorium Sentul kira-kira pukul 5 petang.
Sementara itu, Persatuan Bekas Pemain Negeri dan Antarabangsa dalam kenyataan hari ini menyatakan rasa sedih di atas pemergian mendiang M. Chandran, yang juga bekas presiden persatuan itu.
Sepanjang hayatnya, mendian telah banyak membuat sumbangan besar kepada bola sepak Malaysia secara khusus dan di rantau Asia secara keseluruhan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#legenda bola sepak
#M Chandran
#Malaysia
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan