awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kawalan sempadan diperkukuh, tangkapan rakyat Malaysia di Sungai Golok menurun
Loji penyahgaraman air laut di POIC mampu jadi model selesai bekalan air industri Sabah
Peruntukan RM50 juta bantu selenggara 28 SJKT di Pulau Pinang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Leher ayah yang lumpuh dikelar anak sendiri

Bernama
Bernama
18/08/2019
10:07 MYT
Leher ayah yang lumpuh dikelar anak sendiri
Lelaki berusia 33 tahun ditahan semasa sedang bersembunyi di kawasan belukar berhampiran rumah itu selepas menyedari kehadiran polis.
Seorang penganggur yang disahkan positif dadah ditahan selepas dipercayai mengelar leher bapanya yang lumpuh di rumah mereka di Kampung Chendor Baru, di sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan berkata, lelaki berusia 33 tahun ditahan semasa sedang bersembunyi di kawasan belukar berhampiran rumah itu selepas menyedari kehadiran polis.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9 pagi semasa mangsa yang berusia 62 tahun dan lumpuh sebelah kanan badan sejak lima tahun lalu, ditinggalkan bersama suspek serta abang suspek semasa ibu mereka bekerja.
"Ibu suspek mendakwa telah menerima panggilan daripada abang suspek memaklumkan mangsa dikelar dengan menggunakan senjata tajam sehingga menyebabkan luka sepanjang 13 sentimeter.
"Abang suspek memberitahu semasa kejadian, dia berada di bilik dan hanya menyedarinya selepas melihat suspek keluar rumah secara tergesa-gesa," katanya menerusi kenyatan media pada Ahad
Othman berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Kemaman, Terengganu dan dilaporkan stabil.
"Setakat ini kami masih mengesan senjata yang digunakan suspek. Semakan mendapati suspek juga mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkaitan penagihan dadah," katanya.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ayah lumpuh
#penagih dadah
#Penagih kelar leher ayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan