Lelaki 71 tahun dicabul lelaki warga emas 64 tahun

Lelaki 71 tahun dicabul lelaki warga emas 64 tahun
Menurut polis, mangsa didatangi suspek yang ingin menjual ubat kepada mangsa yang kebetulan sakit di pinggang.
TAIPING: Seorang penjual ubat tergamak mencabul seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun dalam kejadian di Simpang di sini minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, polis menerima laporan berhubung perbuatan lelaki berusia 64 tahun itu pada 12 November lalu.

Menurutnya, mangsa didatangi suspek yang ingin menjual ubat kepada mangsa yang kebetulan sakit di pinggang.

"Suspek telah membawa mangsa keluar menaiki sebuah kereta ke satu kawasan berhampiran sebelum berhenti di tepi jalan. Suspek kemudian memberi satu minuman yang menyebabkan mangsa berasa khayal.

"Dalam keadaan separuh sedar itu suspek bertindak meraba, memeluk dan mencium seluruh badan sebelum meninggalkan mangsa di tepi jalan," katanya.

Anuar berkata, siasatan mendapati suspek menjalankan perkhidmatan mengurut tradisional.

"Hasil siasatan mendapati suspek memandu kereta jenis Proton Iswara menggunakan nombor pendaftaran palsu.

"Suspek kemudiannya ditahan semalam dan direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut," katanya.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencabul dan Seksyen 377D Kanun yang sama kerana melanggar kesopanan.


Tag: lelaki warga emas, Simpang, penjual ubat, Jabatan Siasatan Jenayah Perak, mencabul



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.