awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
Denda RM3.81 juta bagi kesalahan alam sekitar tahun ini - JAS Johor
Usahawan muda angkat kembali warisan atap nipah dan rumbia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki bakar kereta bapa mentua

Bernama
Bernama
29/05/2020
08:37 MYT
Lelaki bakar kereta bapa mentua
Suspek berumur 41 tahun itu berjaya ditahan selepas melarikan diri ke Kuantan, Pahang, pada 8.15 malam tadi. - Gambar hiasan
Gara-gara berang bapa mentua masuk campur pertengkarannya dengan isteri, seorang lelaki bertindak membakar kenderaan milik bapa mentuanya itu dalam kejadian di tepi Jalan Senggang, Parit, Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Barudin Wariso berkata suspek berumur 41 tahun itu berjaya ditahan selepas melarikan diri ke Kuantan, Pahang, pada 8.15 malam tadi.
Pada kira-kira 11 malam Rabu, suspek bertengkar dengan isterinya yang berusia 34 tahun di rumah bapa mentua di Tanjung Belanja, Parit dan bapa mentuanya cuba meleraikan pergaduhan itu sebelum suspek keluar dan tidak pulang, katanya ketika dihubungi hari ini.
"Keesokan paginya, mangsa menyedari Perodua Myvi miliknya yang diletak di halaman rumah sudah tiada sebelum kereta itu ditemui hangus terbakar sepenuhnya di tepi Jalan Senggang Parit, pada 1.30 tengah hari," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kereta
#mangsa
#Myvi
#Pahang
#Perodua
#polis
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan