awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki, bekas kekasih ditemui mati dalam kereta selepas tertidur

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
25/01/2019
12:13 MYT
Lelaki, bekas kekasih ditemui mati dalam kereta selepas tertidur
Keadaan kereta dinaiki mangsa dalam kejadian tersebut. - Foto ihsan IPD Kota Kinabalu
Beberapa pengunjung gempar seketika dengan penemuan lelaki dan wanita yang ditemui 'kaku' di dalam kenderaan di parkir tingkat tiga, sebuah pusat beli-belah di Kota Kinabalu, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa lelaki bersama seorang wanita yang dipercayai bekas kekasihnya ditemui di tempat duduk hadapan kenderaan Perodua Kenari dengan keadaan tidak sedarkan diri.
Kedua-dua mangsa, masing berusia 23 dan 20 tahun itu, difahamkan meninggal dunia akibat keracunan karbon monoksida selepas tertidur dalam kenderaan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam yang terlihat keadaan kereta tersebut dalam keadaan mencurigakan sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi untuk membuat siasatan.
"Siasatan polis mendapati kedua mangsa tertidur dalam kenderaan pada masa dan haribulan tidak pasti sehingga dijumpai pada pagi hari ini.
"Mereka disyaki meninggal dunia kerana kekurangan oksigen dalam kenderaan semasa kedua mangsa tertidur.
BACA: Pelajar dijumpai mati dalam kereta
BACA: Dua remaja disangka tidur maut terhidu karbon monoksida
“Pada jam 5.11 pagi, pegawai perubatan daripada Hospital Likas telah mengesahkan kedua-dua mangsa tersebut telah mengesahkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia,” katanya.
Pihak polis membuat pemeriksaan badan kedua-dua mangsa tersebut tidak menunjukkan berlakunya sebarang tanda-tanda unsur jenayah dikaitkan sebagai punca kematian mangsa.
"Kes ini disiasat sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya.
Jelasnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak mengamalkan tabiat tidur dalam kenderaan dengan enjin yang tidak dimatikan atau kenderaan tidak bergerak bagi mengelakkan risiko kematian.
Topic Berkaitan
#bekas kekasih
#kaku
#Kota Kinabalu
#mati dalam kereta
#Perodua Kenari
#pusat beli-belah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan