Seorang lelaki berdepan 105 pertuduhan termasuk melakukan sumbang mahram terhadap anak kandungnya yang berusia 15 tahun.

Tertuduh berusia 46 tahun itu bakal dikenakan 104 pertuduhan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram, dan satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 377C kerana meliwat.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh terhadap anak sulungnya di rumah mereka di Kuala Berang, Hulu Terengganu sepanjang tempoh 14 Ogos hingga 26 November lalu.

Terdahulu, tertuduh yang bekerja sebagai buruh tiba di Mahkamah Kuala Terengganu kira-kira jam 11.15 pagi tadi dengan diiringi sepasukan pegawai dan anggota polis.