awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki berusia 31 tahun ditahan disyaki hantar mesej hina, sakitkan hati TMJ

Bernama
Bernama
17/06/2016
14:55 MYT
Lelaki berusia 31 tahun ditahan disyaki hantar mesej hina, sakitkan hati TMJ
Lelaki itu disyaki menghantar mesej berbentuk jelik yang menghina dan menyakitkan hati Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar).
Seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan di Taman Bukit Bendera, Mentakab, Pahang, tengah hari tadi kerana disyaki menghantar mesej berbentuk jelik yang menghina dan menyakitkan hati Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata penangkapan itu adalah susulan laporan polis yang dibuat pada 2 Jun lepas, ekoran suspek dipercayai memuat naik mesej itu menerusi akaun Facebook atas nama "Chong Choonhau".
"Turut dirampas adalah dua unit tablet jenama Samsung dan Asus. Suspek akan direman esok di Mahkamah Majistret Johor Baharu bagi melengkapkan siasatan," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Wan Ahmad Najmuddin berkata orang ramai dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan laman sosial tanpa berfikir panjang.
Beliau berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas dan pesalah akan didakwa.
Topic Berkaitan
#mesej menghina
#TMJ
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#Tunku Mahkota Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan