awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki cedera dipijak gajah meninggal dunia

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
01/03/2018
09:50 MYT
Lelaki cedera dipijak gajah meninggal dunia
Mayat M Paramanazan, 69, dibawa ke rumah keluarganya tengah malam Selasa untuk urusan pengebumian pada pagi Rabu, selepas disahkan meninggal dunia di Hospital Taiping. - Astro AWANI
Seorang lelaki warga emas yang parah dipijak gajah dalam insiden tragis di Kilometer 19, Jalan Raya Timur Barat pada 1 Februari lepas menghembuskan nafas terakhir pada malam Selasa.
Maklumat itu disahkan oleh Setiausaha MIC Bahagian Sungai Siput, K Manimaran kepada Astro AWANI yang melawat keluarga mangsa di Kampung Sungai Buluh, di sini, pada pagi Rabu.
Menurut Manimaran, mayat M Paramanazan, 69, dibawa ke rumah keluarganya tengah malam Selasa untuk urusan pengebumian pada pagi Rabu, selepas disahkan meninggal dunia di Hospital Taiping.
“MIC ingin melahirkan rasa dukacita di atas pemergian mendiang. MIC akan terus memantau keadaan keluarga ini kerana mereka hidup susah dan pemergian bapa mereka pastinya membuatkan mereka hilang mata pencarian.
“MIC difahamkan, Pengerusi BN Sungai Siput, Datuk Zolkafly Harun juga akan mencari cara untuk membantu keluarga ini dan mungkin akan bawa ke pengetahuan kerajaan negeri,” katanya kepada Astro AWANI.
Tambah Manimaran, MIC juga akan berhubung dengan MIC Perak bagi menyalurkan sumbangan seterusnya kepada keluarga mangsa.
Topic Berkaitan
#hilang
#Hospital
#keluarga
#kerajaan
#lelaki
#mangsa
#manimaran
#mayat
#meninggal dunia
#MIC
#pijak gajah
#rumah
#Sungai Siput
#Taiping
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan