awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki diberkas ketika keluar cari bekalan pil kuda

Astro Awani
Astro Awani
21/04/2020
02:27 MYT
Lelaki diberkas ketika keluar cari bekalan pil kuda
Lelaki berusia 22 tahun ini diberkas kira-kira jam 6 petang Isnin ketika keluar mencari bekalan pil kuda. -Gambar Astro AWANI
Seorang pemuda diberkas ketika keluar mencari bekalan pil kuda dalam kejadian jam 6 petang semalam di Kampung Tok Gebok, Hulu Terengganu.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata ketika rondaan, pihaknya mengesan sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z yang dalam keadaan mencurigakan.
Jelasnya, ketika diminta berhenti, suspek bertindak melarikan diri dengan memecut laju ke arah Kampung Tok Gebok.
Menurut Mohd Adli, ketika ditahan lelaki berusia 22 tahun itu memberikan alasan untuk mengisi minyak. Bagaimanapun stesen minyak telah menamatkan operasi ketika itu.
Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.
Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Peraturan 11 ( 1 ) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Topic Berkaitan
#bekalan pil kuda
#COVID-19
#Kampung Tok Gebok
#koronavirus
#methamphetamine
#Mohd Adli Mat Daud
#saringan air kencing
#Yamaha 125Z
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan