Lelaki didakwa bunuh bapa sendiri

Lelaki didakwa bunuh bapa sendiri
Tertuduh didakwa membunuh bapanya di Taman Bercham Sinar, Ipoh antara jam 4.30 petang hingga 7 petang 9 Mei lalu. - Astro AWANI
IPOH: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis atas tuduhan membunuh bapanya sendiri pada 9 Mei lalu.

Tertuduh Karesh Kumar Sharma, 21, didakwa membunuh bapanya, R. Pardeep Kumar, 56, di No. 28, Jalan Bercham Sinar 1, Taman Bercham Sinar, Ipoh antara jam 4.30 petang hingga 7 petang pada tarikh tersebut.
Majistret Umzarul An-Nur Umar menetapkan 26 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nur Asmaniza Mohamad.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pada 11 Mei lalu, polis menahan dua beradik yang disyaki menyebabkan kematian bapa mereka dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bercham Sinar, pada 9 Mei.

Kedua-dua mereka, yang berumur 20 dan 21 tahun direman selama seminggu dari tarikh ditangkap, sebelum ditambah reman seminggu lagi.

Tag: mahkamah majistret, bunuh bapa, lelaki didakwa, kes mahkamah, pendakwaan, polis, pdrm, kanun keseksaan


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.