Seorang lelaki hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membunuh tunangnya awal bulan lepas sebelum mayat ditemui orang ramai di dalam belukar di bawah jambatan berhampiran Cyberjaya.
Amal Adil Alias, 26, yang bekerja sendiri, dituduh melakukan kesalahan itu ke atas Rosshida Abdullah, 30, di bawah jambatan Cyberjaya menuju ke Garden Residence, KM 37.2 Lebuhraya LDP Cyberjaya-Puchong, di sini, antara pukul 5 pagi hingga 1 tengah hari, pada 6 Mei lepas.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.
BACA: Mayat wanita ditemui dalam belukar di Cyberjaya
Tiada sebarang pengakuan direkodkan dan Amal Adil mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Hakim Noor Hafizah Mohd Salim menetapkan 25 Jun ini untuk sebutan bagi mendapatkan laporan bedah siasat.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya B. Uma Devi manakala tertuduh diwakili peguam Azizzul Shariman Mat Yusoff.
Bernama
Tue May 19 2015
Mayat Rosshida Abdullah, 30, di bawah jambatan Cyberjaya pada 6 Mei lalu. - Gambar Fail
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Lelaki didakwa bunuh tunang yang mayat ditemui bawah jambatan Cyberjaya
Amal Adil Alias, 26, yang bekerja sendiri, dituduh melakukan kesalahan itu ke atas Rosshida Abdullah, 30, di bawah jambatan Cyberjaya pada 6 Mei lepas.