Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Lelaki didakwa lakukan sumbang mahram terhadap anak kandung OKU

Lelaki didakwa lakukan sumbang mahram terhadap anak kandung OKU
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Noor Aini Yusof. - Foto Astro AWANI
BUTTERWORTH: Seorang pesara dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth Pulau Pinang hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak kandungnya berusia 10 tahun tujuh bulan.

Warga emas berusia 65 tahun itu turut menghadapi pertuduhan berasinngan melakukan sumbang mahram dengan anak tirinya yang berusia 17 tahun.
Mengikut fakta pertuduhan bagi kes pertama, tertuduh pada 18 Mac 2020 di Taman Desa Ara, Tasek Gelugor dituduh melakukan amang seksual terhadap anak kandungnya berusia 10 tahun tujuh bulan yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU).

Bagi pertuduhan itu, tertuduh dituduh mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Bagaimanapun, bagi pertuduhan pertama tertuduh mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Norhayati Mohamad Yunus.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya JG Kaameni manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kaameni meminta mahkamah tidak membenarkan tertuduh dijamin kerana kesalahan dilakukan serius.

Sementara itu pada pertuduhan satu lagi di mahkamah berasingan, tertuduh pada 10 Jun 2020 jam 11 pagi dituduh melakukan persetubuhan haram dengan anak tirinya berusia 17 tahun di Taman Desa Ara, Tasek Gelugor.

Dia dituduh mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Noor Aini Yusof.

Mahkamah menetapkan 10 Ogos depan untuk serahan dokumen perubatan mangsa.



Tag: Mahkamah Sesyen, warga emas, perubatan, haram, anak, OKU, Kanak-kanak, mahkamah, penjara, mangsa, sumbanng mahram



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.