Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing udang bersama-sama rakannya di Dataran Udang, Sungai Perak, di sini, pada Jumaat.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mangsa yang dikenali sebagai Tan Kok Boon, 30 tahun, masih belum ditemui sehingga kini.

Dalam satu kenyataan awal pagi ini, jurucakap JBPM Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 6.42 petang Jumaat sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan bergegas ke lokasi tersebut.

"Setibanya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, didapati seorang mangsa dipercayai lemas di Sungai Perak ketika memancing udang bersama rakan-rakan.

"Sehingga kini anggota kami masih meneruskan operasi pencarian di kawasan terbabit dengan menggunakan kaedah water surface," katanya.

Foto JBPM Perak