awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan kumpulan militan ditahan di LRT Jelatek

Hakim Rahman
Hakim Rahman
16/01/2016
02:39 MYT
Lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan kumpulan militan ditahan di LRT Jelatek
Lelaki itu ditahan di Stesen LRT Jelatek, Ampang bersama senjata dan dokumen berkaitan Daesh.
Polis bahagian Cawangan Khas Anti Pengganas (E8) Bukit Aman menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan kumpulan militan Daesh di ibu negara pada Jumaat.
Lelaki itu ditahan di Stesen LRT Jelatek, Ampang bersama senjata dan dokumen berkaitan Daesh.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan perkara itu melalui akaun twitternya.
Syabas E8 CK @pdrm semlm tkap 1 (L) disyaki elemen IS di LRT Jelatik, Ampg. Senjata dan dokumen IS dirampas. #GoPDRMGo
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) January 15, 2016
Sementara itu seorang pegawai kanan polis memaklumkan kepada Astro AWANI satu kenyataan akan dikeluarkan berhubung penangkapan itu dalam masa terdekat.
Khalid dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan PDRM telah meningkatkan amaran keselamatan negara ke tahap paling tinggi.
Langkah-langkah keselamatan sudah dilaksanakan di tempat-tempat awam seperti pusat beli-belah dan tarikan pelancong susulan serangan penganas di Jakarta, Khamis lalu.
"Langkah berjaga-jaga tambahan juga akan dilaksanakan di kawasan sempadan untuk menghalang kemungkinan penyusupan elemen-elemen keganasan," katanya.
Beliau turut menegaskan mereka yang berada dalam pemantauan polis kerana dicurigai berkaitan aktiviti pengganas juga akan dipantau dengan teliti.
Menurutnya polis mahu memberi jaminan kepada orang ramai bahawa semua anggota polis di seluruh negara berada dalam kewaspadaan dari semasa ke semasa.
Topic Berkaitan
#anti pengganas
#Bukit Aman
#cawangan khas
#Daesh
#IS
#Khalid Abu Bakar
#lrt jelatek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan