awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belia perlu kekal aktif rohani dan jasmani - Dr Mohammed Taufiq
Perry Bamonte, ahli The Cure, meninggal dunia pada usia 65 tahun
21 tahun Tsunami: Musibah menjadi berkah perdamaian kekal di Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditemui lemas berhampiran jeti di Kota Tinggi

Astro Awani
Astro Awani
09/12/2019
16:48 MYT
Lelaki ditemui lemas berhampiran jeti di Kota Tinggi
Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia. - Foto ihsan JBPM
Seorang lelaki berumur 46 tahun ditemui lemas berdekatan sebuah jeti di Kampung Mawai, di sini pada Isnin malam.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, PBK II Ibrahim Wahid berkata Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 8.47 malam dan menghantar satu jentera serta lapan anggota ke lokasi.
Katanya mangsa yang lemas dikenali sebagai Mustaffa Ali.
"Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar terdapat seorang mangsa lemas lelaki dewasa. Mangsa telah diselamatkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.
"Difahamkan mangsa dibawa oleh ahli keluarganya menaiki ambulan untuk ke rumah tetapi disebabkan banjir, ambulan tidak boleh melepasi jalan ke rumah mangsa.
Jelasnya, mangsa kemudian dibawa keluar oleh pasukan bomba ke Balai Polis Mawai.
"Setibanya di Balai Polis Mawai mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya lagi.
Menurut Ibrahim, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Topic Berkaitan
#Balai Polis Mawai
#ditemui lemas
#Kampung Mawai
#Kota Tinggi
#Mustaffa Ali
#Penyelamat BBP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan