Seorang pemuda ditemui mati dalam keadaan tertiarap bersama dua tandan pisang di belakang sebuah rumah di Kampung Tebakang, Marang Terengganu.

Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Suhaimi Ali berkata, mayat mangsa yang dianggarkan berusia 30-an itu ditemui kira-kira jam 4.30 petang Isnin.

Menurutnya, pihak polis juga masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan yang menyatakan mangsa dipukul kerana mencuri pisang.

"Setakat ini masih dalam siasatan. Kita belum boleh pastikan lagi sama ada betul ke tidak mangsa curi pisang.

"Apa yang boleh disahkan ialah, rumah di mana mangsa ditemui adalah tempat peniaga pisang," kata Mohd Suhaimi.


Tambahnya, punca kematian juga masih dalam siasatan.

Bagaimanapun, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.