Sikap prihatin rakyat Malaysia mendapat perhatian dan sanjungan warga asing.
Seorang aktivis sosial warga Amerika Syarikat, CJ Werleman menceritakan tentang nasib malang yang menimpa anak perempuannya yang berusia 18 tahun selepas kehilangan kad debit bank ketika menunggu penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Jelas Werleman dalam ciapan Twitternya petang Isnin, selepas lebih 12 jam menunggu penerbangan seterusnya anaknya itu menyedari kad debit beliau tiada dalam simpanannya dan gagal dikesan.
Ia membuatkan remaja itu panik kerana tidak dapat membeli makanan dan minuman sementara menunggu.
Apa yang menariknya,ketika beliau dalam keadaan tertekan dan sedih sambil memikirkan nasibnya, kesuraman remaja wanita itu menarik seorang lelaki tempatan yang kemudiannya menegur beliau.
Hal tersebut diceritakan oleh anaknya menerusi pesanan ringkas yang turut dikongsikan oleh Werleman.
Dalam mesej pesanan ringkas di antara beliau dan anaknya yang dikongsi Werleman beliau berkata: “Saya duduk di sebuah meja yang bersambungan dengan meja lain yang diduduki oleh seorang lelaki berusia sekitar 50-60an bersama keluarganya.
"Dia menyedari keadaan saya yang tertekan dan mata saya merah sebelum dia datang dan bertanyakan saya masalah yang saya hadapi dan kami berbual.
"Jadi saya boleh melupakan masalah saya dan dia terus bertanya apa yang saya mahu lakukan dengan makan.
"Saya katakan semuanya akan ok tapi saya terus menangis. Dia berikan saya dua bar coklat dan sebotol air dan anggur juga sandwic selain RM50. Dan dia tanyakan saya adakah saya percaya Tuhan? Saya katakan ya!. Dan dia kemudiannya menangis. Dia berkata bahawa tuhan mahu saya tolong awak. Awak tak nampak dia tapi dia ada," kata anaknya dalam pesanan ringkas kepada Werleman.
Selepas mengetahui kisah anaknya, Werleman menyifatkan lelaki berkenaan sebagai malaikat yang dihantar untuk membantu anaknya yang dalam kesusahan.
Jelasnya, anaknya itu dalam perjalanan untuk menemuinya namun tidak dinyatakan di mana.
Perbuatan lelaki warga Malaysia itu nyata menambat hati aktivis berkenaan yang menurutnya sumbangan yang dihulurkan sedikit namun sebenarnya memberikan makna yang besar pada remaja itu dan juga negara
Raja Hisyam Raja Zaid
Mon Apr 29 2019
Werleman menyifatkan lelaki berkenaan sebagai malaikat yang dihantar untuk membantu anaknya yang dalam kesusahan. - Gambar Twitter CJ Werleman
Nahas helikopter Lumut: Joanna seorang penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Sedih dan muram namun reda, itu yang dapat dilihat pada wajah ahli keluarga mendiang Joanna Felicia Rohna sejurus mendapat perkhabaran duka tragedi pemergiannya pada pagi Selasa.
Meta tawarkan sistem operasi yang menguasakan Quest kepada pengeluar lain
Ini sekali gus menjadikan Horizon OS akan menerajui arena set realiti maya, lebih kurang seperti Android yang menguasakan telefon pintar.
Nahas helikopter Lumut: Sepupu suami pelakon Eyra Hazali turut terkorban
Pelakon Eyra Hazali memaklumkan salah seorang mangsa nahas helikopter melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlaku di Lumut pagi tadi merupakan ahli keluarganya.
Penggunaan ‘wilayah’ bagi Sarawak bertepatan dengan MA63
Penggunaan wilayah bagi merujuk Sarawak menggantikan negeri adalah bertepatan kerana di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak diiktiraf sebagai wilayah dan bukannya negeri.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah
Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'
Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy adalah antara mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Australia mahu perkukuh hubungan dengan Sabah
Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain melihat kepada peluang perdagangan baharu.
20 aktivis sertai misi bebaskan Palestin
Misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dijangka berlepas dari Istanbul, Turkiye pada hujung bulan ini.
Aktivis alam sekitar halang lalu lintas sekitar Berlin
Pada pagi Isnin, polis melaporkan lalu lintas semasa waktu puncak terganggu di 21 lokasi berbeza, dan perkhidmatan bas turut terkesan.
Tahanan mogok lapar di Thailand digegas ke hospital akibat masalah kesihatan
Dia digegaskan ke hospital pada hari ke-16 melakukan aksi protes, selepas mengetahui dia ditahan tanpa boleh diikat jamin.
Aktivis berbaju penguin protes penggunaan jet peribadi di pulau percutian
Seramai 15 orang terlibat dalam bantahan itu, dengan sebahagian daripada mereka masuk ke premis lapangan terbang.
Suami Natalie Portman curang dengan aktivis usia 25 tahun
Rumah tangga aktres berprolifik dan cantik, Natalie Portman dengan suaminya, Benjamin Millepied sedang dilanda badai.
Keluarga Malcolm X fail saman ke atas FBI, CIA dan polis
Jabatan Polis New York dalam pada itu enggan mengulas proses perundangan yang masih berjalan.
Fadhlina Sidek: Daripada aktivis kepada Menteri Pendidikan
Fadhlina, 45, banyak terlibat dalam perkara berkaitan literasi undang-undang keluarga Islam, perlindungan serta keselamatan kanak-kanak selain mempunyai firma guaman syarie sendiri.
Bintang country, Dolly Parton terima AS$100 juta daripada Jeff Bezos
Parton adalah penyokong berprofil tinggi badan amal dan mengasaskan Yayasan Dollywood.
Siasatan terhadap hakim Mohd Nazlan: Dua peguam, aktivis saman kerajaan, SPRM
Mereka memohon perisytiharan bahawa SPRM tidak berhak menyiasat hakim-hakim yang berkhidmat melainkan mereka telah digantung atau dipecat.
Rakyat Thailand bantah keputusan mahkamah
Ratusan berkumpul di pusat bandar Bangkok, melemparkan patung menyerupai hakim mahkamah di atas unggun api.