awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki keji cabul kanak-kanak ditangkap

Astro Awani
Astro Awani
22/01/2018
13:31 MYT
Lelaki keji cabul kanak-kanak ditangkap
Lelaki berkenaan dipercayai membawa kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di tapak pesta di Taman Ria, Sungai Petani dan mencabulnya.
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di sebuah tapak pesta dalam video yang viral di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, suspek ditahan jam 3 petang tadi selepas pihaknya menerima dua laporan polis berhubung kejadian tersebut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.
Suspek yang juga kenalan kepada keluarga kanak-kanak perempuan terbabit sebelum itu datang ke rumah keluarganya dan meminta kebenaran untuk membawa kanak-kanak itu keluar membeli makanan.
Mangsa hanya dihantar pulang ke rumah oleh suspek kira-kira jam 1 pagi. Ibu mangsa yang menyedari perbuatan suspek melalui klip video yang tersebar sebelum tampil membuat laporan polis pada pukul 12.43 tengah malam tadi.
Susulan laporan diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda jam 2.50 pagi semalam, mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk pemeriksaan kesihatan.
Saifi berkata siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang hubungan dengan keluarga mangsa, kecuali sebagai kenalan.
Topic Berkaitan
#cabul
#Hospital
#keluarga
#lelaki
#mangsa
#polis
#siasatan
#suspek
#video
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan