Seorang lelaki kudung mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mendera anak kandungnya yang berusia tiga tahun.

Tertuduh, Mohd Azman Mat Salleh, 39, memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menganiaya anak lelakinya sehingga mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Bukit Payong, Marang di antara 12 hingga 24 September lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 5 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Izzat Wan Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.