awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tren baharu dilancarkan di laluan dengan panaroma indah di Jepun
Lelaki maut ditembak di hadapan kedai cuci kenderaan
Jumlah pelatih PLKN ditingkatkan 25,000 orang setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki kurang siuman ditahan cuba pecah mesin ATM

Bernama
Bernama
08/06/2019
10:32 MYT
Lelaki kurang siuman ditahan cuba pecah mesin ATM
Suspek dipercayai cuba membuka pintu hadapan penutup mesin ATM menggunakan dawai pin kertas yang diambil dari tong sampah tetapi tidak berjaya. - Gambar hiasan
Seorang lelaki dipercayai kurang siuman ditahan polis selepas cuba memecah sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Jalan Perbandaran, di sini, hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Supt Nor Azizulkifli Mansor, berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan pada jam 8.20 pagi selepas mendapat maklumat orang awam mengenai kehadiran suspek yang mencurigakan di ruang lobi bank berkenaan.
Beliau berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek masuk ke lobi bank yang menempatkan mesin ATM pada jam 8.10 pagi dan cuba membuka pintu hadapan penutup mesin ATM tetapi gagal.
"Suspek kemudian keluar mengambil sebatang kayu di luar bank yang digunakan untuk menghadang pintu masuk ruang lobi ekoran ketika cubaannya memecah mesin itu terdapat orang awam yang mahu masuk ke bank tetapi dihalau," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Dalam pada itu, katanya, suspek dipercayai cuba membuka pintu hadapan penutup mesin ATM menggunakan dawai pin kertas yang diambil dari tong sampah tetapi tidak berjaya.
"Suspek kemudian bertindak menarik pintu luar mesin ATM menggunakan tangan sehingga terbuka, namum pintu peti besi simpanan wang masih dalam keadaan sempurna," katanya.
Nor Azizulkifli berkata, ketika kejadian, tiada pengawal keselamatan bertugas dan penggera keselamatan turut tidak berbunyi.
Hasil siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan dipercayai kurang siuman serta berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian, katanya.
"Berdasarkan kenyataan beberapa saksi awam, suspek sering berkeliaran di kawasan bank dan bandar Tawau sejak beberapa bulan lepas," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bank
#CCTV
#Dadah
#jenayah
#keselamatan
#kurang siuman
#Nor Azizulkifli Mansor
#pengawal keselamatan
#penggera keselamatan
#pin kertas
#polis
#siasatan
#suspek
#Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan