awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Jepun akan putuskan kes lelaki didakwa membunuh bekas PM Abe
UK pertahan perjanjian Chagos selepas Trump gelar ia “tindakan sangat bodoh”
Champions League: Mbappe hantui bekas kelab, Real Madrid hentam Monaco 6-1
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki langgan khidmat seks melalui WeChat ditipu

Asyraf Roslan, Nickyson Nyambar
Asyraf Roslan, Nickyson Nyambar
07/03/2019
04:51 MYT
Lelaki langgan khidmat seks melalui WeChat ditipu
Lelaki yang berusia 22 tahun pada mulanya dipercayai cuba mendapatkan khidmat seks dari seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Mei melalui laman social Wechat - Gambar TWITTER@yicaichina
Seorang lelaki bukan hanya tidak dapat melempiaskan nafsu tetapi turut ditipu dua kali ganda di sebuah hotel di Kota Kinabalu pada Isnin.
Lelaki yang berusia 22 tahun itu pada mulanya berkenalan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Mei melalui laman sosial Wechat untuk mendapatkan khidmat seks.
Namun sebaliknya yang berlaku, apabila dia ditipu dan telefon bimbitnya dicuri dua lelaki yang mengaku kawan kepada Mei.
Menyedari dirinya ditipu, mangsa membuat laporan polis pada 12.05 tengah malam Selasa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, hasil laporan polis yang dibuat, anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu berjaya menahan dua lelaki terbabit, pada Rabu.
“Siasatan mendapati, tujuan pengadu pergi ke hotel itu untuk mendapatkan khidmat seks daripada wanita yang dikenali melalui WeChat.
"Namun, wanita bernama Mei itu tidak wujud serta kedua-dua suspek berusia 25 dan 30 tahun ditahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.
Topic Berkaitan
#curi
#ditipu
#jenayah
#Kota Kinabalu
#lelaki
#mangsa
#seks
#suspek
#WeChat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan