awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
MBPP aktifkan OPS Payung bagi tangani kesesakan sempena musim cuti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki lemas kaki tersepit celah batu air terjun Chamang

Bernama
Bernama
13/05/2017
02:15 MYT
Lelaki lemas kaki tersepit celah batu air terjun Chamang
Tiba-tiba aras air sungai meningkat mendadak menyebabkan mangsa hilang dibawa arus deras. - Gambar hiasan/pixabay.com
Seorang lelaki warganegara Bangladesh ditemukan lemas selepas mandi di Air Terjun Chamang, Bentong petang semalam.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Zainal Yusoff berkata, seorang pegawai dan 11 anggota APM bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada 3.45 petang berhubung kehilangan mangsa.
"Menurut laporan awal mangsa, Monir Hossain Jalal Uddin, 40-an, dilapor telah turun mandi di kawasan air terjun berkenaan bersama saudara-mara.
"Tiba-tiba aras air sungai meningkat mendadak menyebabkan mangsa hilang dibawa arus deras," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Katanya, anggota penyelamat kemudian menemukan mangsa dalam keadaan tertiarap dengan kaki tersepit di celah batu di air terjun berkenaan.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Air Terjun Chamang
#Bangladesh
#hilang
#lemas
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan