awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki mati lemas, rakan masih hilang di Pantai Teluk Batik

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
28/06/2020
14:07 MYT
Lelaki mati lemas, rakan masih hilang di Pantai Teluk Batik
Mangsa pertama ditemui terapung dibawa arus ombak sebelum anggota bomba bersama orang awam membantu membawa mangsa ke tepi pantai. - JBPM
Seorang lelaki ditemui lemas manakala seorang rakannya masih hilang ketika mandi di Pantai Teluk Batik, dekat sini, hari ini.
S Emmanuel Raj, 21, ditemui lemas pada 6.55 petang manakala rakannya, R Vigneis,22, masih belum ditemui.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Manjung, Abdul Hazhar Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 6.09 petang.
Menurutnya, mangsa pertama ditemui terapung dibawa arus ombak sebelum anggota bomba bersama orang awam membantu membawa mangsa ke tepi pantai.
“Mangsa telah diberi bantuan pernafasan oleh pasukan perubatan tetapi dia disahkan meninggal dunia pada jam 7.20 petang,” katanya.
Menurutnya, operasi pencarian masih dijalankan dalam lingkungan 50 meter dari pantai.
Operasi mencari dan menyelamat disertai 59 anggota bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam, Agensi Penguatkuasaan Maritim, Rela, Tentera Laut DiRaja Malaysia dan hospital.
Kedua-dua mangsa dikatakan pergi ke pantai berkenaan bersama-sama enam rakan mereka yang lain.
Topic Berkaitan
#bomba
#dibawa arus
#JBPM
#lemas
#mangsa lemas
#pantai teluk batik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan