awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
OIC akan adakan mesyuarat luar biasa mengenai Somalia pada Sabtu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut dibaham buaya ketika mandi sungai

Petrus Bernard
Petrus Bernard
04/07/2020
13:06 MYT
Lelaki maut dibaham buaya ketika mandi sungai
Mayat ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi dilaporkan hilang sebelum ini.
Mayat seorang lelaki berumur 24 tahun yang hilang ketika mandi di Sungai Kalabakan di Tawau pada Jumaat, ditemui dalam keadaan tidak sempurna dipercayai akibat dibaham buaya, pada Sabtu.
Mayat Sukrien Jesman Yusoff, yang kehilangan dua belah tangan ditemui kira-kira jam 11.03 pagi terapung di sungai berkenaan oleh penduduk kampung.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Zulbada Alior berkata, mayat ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.
"Mayat kemudian diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat," katanya di sini pada Sabtu.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan mangsa yang mandi di sungai itu pada jam 3.14 petang Jumaat sebelum gerakan mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan.
Katanya, bagaimanapun operasi SAR dengan bantuan pasukan bomba sukarela Kalabakan, RELA dan penduduk kampung gagal menemui mangsa.
"Operasi disambung semula pagi Sabtu sebelum mangsa ditemui penduduk kampung," katanya.
Pada 25 Jun lalu, seorang wanita berusia 50-an turut maut dibaham buaya ketika mandi di sungai berkenaan.
Topic Berkaitan
#bomba
#buaya
#hilang
#Hospital
#mangsa
#maut
#mayat
#polis
#sungai kalabakan
#Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan