awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut digilis lori selepas cuba memotong

Angelina Sinyang
Angelina Sinyang
30/11/2019
00:04 MYT
Lelaki maut digilis lori selepas cuba memotong
Kemalangan dipercayai berlaku melibatkan lori dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun dari Ulu Paku, Betong, menghala ke kilang sawit Selalang, dan motosikal jenis SYM ditunggang mangsa seorang diri. - Foto PDRM
Seorang lelaki maut selepas digilis sebuah lori di Kilometer 73, Jalan Betong-Sarikei berhampiran Simpang Pusa, di sini, pada Jumaat.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa, Sujang Bilun, 29 tahun, meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kaki kiri.
Ketua Pilis Daerah Saratok, Dep Supt Mordani Tanin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku melibatkan lori dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun dari Ulu Paku, Betong, menghala ke kilang sawit Selalang, dan motosikal jenis SYM ditunggang mangsa seorang diri.
"Semasa pemandu lori memandu, tiba-tiba dia terdengar bunyi dentuman kuat di belakang. Dia terus melihat melalui cermin sisi kanan, sebuah motosikal terbabas di atas jalan.
"Sejurus itu, penunggang motosikal terbabit didapati terperosok di bawah lori, memaksa pengadu menekan brek secara mengejut dan berhenti," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa telah tersepit di bawah tayar belakang kanan.
"Pemandu lori turut menyatakan beliau tidak tahu dari mana datangnya motosikal yang ditunggang mangsa yang dipercayai hilang kawalan selepas memotong dari sebelah kanan," jelasnya lanjut.
Kad pengenalan dan kad pekerja milik mangsa, penunggang motosikal yang terperosok di bawah lori. - Foto PDRM
Kad pengenalan dan kad pekerja milik mangsa, penunggang motosikal yang terperosok di bawah lori. - Foto PDRM
Menurut Mordani, mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan pemandu lori terbabit dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Saratok untuk bedah siasat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan
#Jalan Betong-Sarikei
#kecederaan
#kemalangan
#Lori
#mangsa
#maut
#maut digilis lori
#mayat
#meninggal dunia
#Mordani Tanin
#motosikal
#Saratok
#siasatan
#Sujang Bilun
#terperosok di bawah lori
#tersepit di bawah tayar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan