Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan menyebabkan dia tercampak di tengah jalan sebelum digilis beberapa kenderaan lain, termasuk sebuah lori.

Kejadian berlaku sekitar jam 4 pagi tadi di Lebuhraya Damansara Puchong berhampiran Taman Tun Dr, Ismail, ibu negara.

Dua penunggang motosikal turut parah dalam kejadian itu apabila gagal mengelak kenderaan yang terbabas.

Mayat mangsa yang parah di kepala dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat.