Orang ramai yang melalui sebuah kawasan komersial di di Jalan Genting Klang, Setapak hari ini dikejutkan dengan satu insiden tembakan pada jam 3.35 petang.
Beberapa gambar dan rakaman video yang diterima Astro AWANI pada awal kejadian, menunjukkan orang ramai sedang mengerumuni sebuah kawasan persimpangan dekat Setapak Central untuk cuba melihat dengan lebih dekat sebuah kenderaan yang berada di tengah jalan dengan kesan tembakan.
Imej berkenaan menunjukkan sebuah kereta model sedan dan berwarna gelap, dengan kesan tembakan di cermin sebelah kiri - tujuh di cermin pintu hadapan dan lima di cermin pintu belakang.
Video itu juga menunjukkan pihak polis sedang berkawal dan menjalankan siasatan awal, selain pasukan paramedik yang datang dengan sebuah ambulans.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pihak polis menemui 18 kelongsong peluru di tempat kejadian, dengan 12 kesan tembakan di sebelah kiri kenderaan sementara empat di sebelah kanan.
Sementara itu, hasil penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pula menunjukkan kenderaan mangsa sedang berhenti di lampu isyarat di lorong paling kanan, sebelum didatangi empat suspek yang menaiki dua buah motosikal.
Dua suspek dilihat terus melepaskan tembakan dari kedua-dua sisi kenderaan, sebelum bergegas meninggalkan lokasi dengan membelok ke satu simpang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mat Isa mengesahkan rakaman CCTV itu dari tempat kejadian.
Difahamkan, pemandu lelaki berusia 43 tahun dalam kereta berkenaan maut serta-merta dalam insiden itu.
Siasatan lanjut mengenai motif kejadian masih dijalankan.
Astro Awani
Wed Jul 27 2016
Keadaan kereta model sedan yang mempunyai kesan tembakan di cermin tingkap sebelah kirinya. - Foto Astro AWANI
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini
Kerajaan sentiasa ambil langkah proaktif sekat penyebaran ajaran sesat ataupun fahaman yang bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
2 terbunuh, 2 cedera selepas tembakan di New Orleans
Dua terbunuh manakala dua lagi cedera dalam kejadian tembakan di New Orleans, bandar terbesar di negeri Louisiana, Amerika Syarikat.
4 maut, 1 cedera dalam insiden tembakan di Georgia
Seramai empat orang terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah bandar Georgia berhampiran ibu negara Tbilisi pada Jumaat.
7 maut dalam insiden tembakan di AS, suspek bersenjata diburu
Polis Illinois sedang mengesan seorang suspek yang dipercayai menembak mati tujuh individu di dua buah rumah di bandar Joliet.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
3 kanak-kanak antara 5 maut dalam insiden tembakan di Kanada
Lima orang, termasuk tiga kanak-kanak maut dalam kejadian tembakan di Kanada.
Anggota polis maut serangan di gereja Kosovo
Presiden Serbia Aleksandar Vucic mengesahkan, tiga mangsa lain merupakan warganegara Kosovo Serb.
Sekurang-kurangnya empat maut dalam insiden tembakan di sebuah bar di AS
Sekurang-kurangnya empat orang maut dalam kejadian tembakan di sebuah bar di negeri California di Amerika Syarikat pada Rabu.
3 maut, 6 cedera dalam kejadian tembakan di Seattle
Seramai tiga orang terbunuh manakala enam lagi cedera dalam insiden tembakan di Seattle Selatan, Washington.
2 maut, 3 cedera dalam insiden tembakan di Filipina
Dua orang terbunuh manakala tiga lagi cedera, termasuk dua pegawai polis apabila dua lelaki bersenjata melepaskan tembakan ketika melalui sekatan polis di Manila.
Polis jejaki lelaki lepaskan tembakan di kawasan perumahan Kuala Gula
Polis sedang menjejaki seorang lelaki tidak dikenali, yang dipercayai melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah rumah di kawasan perumahan Kuala Gula.