Seorang lelaki maut selepas ditikam dan dilanggar dengan sebuah kenderaan dinaiki sekumpulan lelaki di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi di sini, malam ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya sedang mengisi angin tayar kenderaan mereka di stesen minyak berkenaan.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd berkata, kesemua suspek yang menaiki kenderaan mewah BMW secara tiba-tiba datang dan cuba menarik mangsa masuk ke dalam kereta mereka hingga berlaku pergelutan sebelum mangsa berjaya meloloskan diri.
"Suspek bertindak melanggar mangsa sebanyak dua kali sebelum mengundur dan melarikan diri.
"Mangsa berusia 30-an itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan tikaman pada dada kiri lelaki terbabit," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Ahad.
Tambah Mohd. Khalil, pihaknya telah mengambil keterangan wanita warga asing itu yang sempat melarikan diri untuk meminta pertolongan.
Katanya, wanita itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Berdasarkan siasatan awal, suspek melemparkan beberapa jenis bahan letupan dipercayai mercun untuk menakutkan orang awam yang berada di stesen minyak terbabit," katanya.
Ujar beliau, pihaknya giat memburu suspek dan menyiasat punca kejadian serta kes itu diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Astro Awani
Sun Dec 17 2017
Lelaki maut ditikam dan dilanggar dengan sebuah kenderaan dinaiki sekumpulan lelaki di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi di sini, malam ini.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Peniaga warung terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Hakim Tengku Maimum mengetepikan hukuman mati terhadap Mohamad Zulkifli Ismail, 59, yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27 Mei 2018.
Tikam rakan kerana dadah, sumbat mayat dalam peti ais
Nicholas McGee didapati bersalah atas tuduhan membunuh, merompak, menyembunyikan mayat dan bahan bukti.
Dua lelaki warga Myanmar bebas tuduhan bunuh penyelia
Keputusan itu diperolehi setelah mendengar keterangan saksi dan membaca hujahan kedua-dua pihak.
Dua bersaudara dituduh bunuh lelaki
Dua bersaudara dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung atas tuduhan membunuh seorang lelaki.
Lelaki warga emas direman seminggu, bantu siasatan kes bunuh abang, kakak ipar
Suspek direman sehingga 12 Mac depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Berebut harta, suami isteri mati dibunuh
Suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di kawasan kebun sawit dekat Pantai Remis, Manjung pada Selasa.
Empat rakan sekerja didakwa bunuh pekerja kelab malam
Empat rakan sekerja didakwa membunuh seorang pekerja kelab malam di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.
21 Mac tarikh baru sebutan semula kes polis langgar mati pelajar
Ia bagi membolehkan pihak pendakwaan melengkapkan dokumen bagi perbicaraan, mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (CPC).
Bekas posmen didakwa bunuh Bella
Lelaki berkenaan didakwa membunuh mangsa yang ketika kejadian berusia 32 tahun.