Ibu bapa yang sedang menunggu anak-anak pulang dari sekolah di perhentian bas berhampiran Sekolah Kebangsaan Sri Serdang, Seri Kembangan petang Khamis gempar apabila dikejutkan dengan kejadian tembak, mengakibatkan seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera.
Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, seorang daripada dua lelaki bermotor dikatakan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa berusia 40-an, mengakibatkan mangsa terbunuh di lokasi kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan berhubung kejadian itu mengesahkan seorang lagi lelaki berusia 30-an yang berada berdekatan turut cedera dipercayai terkena tembakan di bahagian belakang badan.
Katanya, kedua-dua mangsa sedang menunggu anak keluar dari sekolah.
"Ketika kejadian ramai orang awam sedang menunggu anak keluar dari sekolah. Keadaan mangsa yang cedera stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Serdang," katanya.
Fadzil berkata identiti mangsa yang maut sedang dikenal pasti dan ketika ini Unit Forensik sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
BACA: Maut ditembak ketika tunggu anak di luar sekolah
Seorang saksi kejadian yang enggan namanya disiarkan berkata beliau sedang menunggu anaknya dekat pintu pagar sekolah apabila kejadian itu berlaku.
"Semua ibu bapa lari bertempiaran (ketika kejadian), ia pengalaman ngeri buat kami hari ini,” katanya.
Seorang lagi saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 33, berkata ketika kejadian dia sedang menunggu anak perempuannya keluar sekolah, kira-kira 10 meter dari perhentian bas berkenaan.
Katanya, dia kemudian terdengar bunyi tembakan yang disangkakannya bunyi mercun sebelum melihat ibu bapa yang berada di lokasi kejadian lari bertempiaran.
"Apabila keadaan reda, kami melihat seorang lelaki tertiarap dan terdapat darah di badannya," katanya.
Bagaimanapun, Ahmad berkata dia tidak melihat siapa yang melepaskan tembakan.
"Ada saksi lain mengatakan ada individu bermotosikal tembak mangsa dan melarikan diri," katanya.
Seorang lagi saksi yang dikenali sebagai Din berkata dia hanya berada kurang lima meter dari lokasi ketika kejadian.
"Hari ini, perhentian bas sesak dengan ibu bapa yang menunggu anak selepas hujan reda, tiba-tiba ada bunyi beberapa letupan yang kuat di perhentian bas itu, saya ingat mercun,” katanya.
Tinjauan Bernama mendapati lokasi kejadian tembak itu hanya satu kilometer dari Balai Polis Serdang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 01 2018
SAC Fadzil Ahmat berkata, identiti mangsa yang maut sedang dikenal pasti. - Gambar fail
[TERKINI] Mahkamah Tinggi arah Isa dan Emir bayar RM3.31 juta
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Tan Sri Isa Samad dan Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah membayar lebih RM3.31 juta kepada FGV Holdings Berhad.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Tiada kemunculan Amad, pertemuan Man United-Brentford
Kedua-dua pasukan Manchester United dan Brentford kehilangan seorang pemain kerana penggantungan untuk pertembungan Liga Perdana Inggeris Sabtu ini.
Singgah Sahur UMPSA santuni anak yatim, agensi keselamatan
Program Singgah Sahur UMPSA bukan sekadar bertujuan berkongsi rezeki, tetapi juga menjentik rasa keinsafan dan kesyukuran.
Sarawak Energy kini penaung Majlis Tenaga Dunia, pertama dari Asia Tenggara
Sarawak Energy secara rasmi menjadi penaung global Majlis Tenaga Dunia, sekali gus menjadikannya yang pertama dari rantau Asia Tenggara.
Dua lelaki tak mengaku rompak, menyamar polis
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang lelaki, minggu lalu.
Pembinaan LRT Pulau Pinang tidak melibatkan tanah yang banyak
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Kerajaan Negeri P.Pinang telah kenal pasti jajaran tersebut dan meminimakan pengambilan tanah dan tidak melibatkan bangunan-bangunan yang banyak.
Kemalangan: 45 maut kemalangan bas di Afrika Selatan
Seramai 45 maut dan seorang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Mamatlakala di wilayah utara Limpopo, Afrika Selatan, pada Khamis.
'Fast track' Mahkamah Syariah selesai kes cerai dalam masa sehari
Perkhidmatan laluan pantas atau 'fast track' Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan yang diperkenalkan pada 2021 berjaya menyelesaikan kes antaranya cerai dalam masa sehari.
Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?
Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal
Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Techno Mechanicus nama anak ketiga Elon Musk bersama Grimes
Kanak-kanak itu, yang umurnya tidak didedahkan kepada umum, dinamakan Techno Mechanicus dan dipanggil "Tau".
'Impian ayah meninggal dunia ketika bekerja untuk rakyat' - Anak Salahuddin
'Impian ayah meninggal dunia ketika bekerja untuk rakyat' - Anak sulung
Natasha Hudson, suami sedia timang cahaya mata
Natasha turut memberitahu dia tidak boleh menunggu terlalu lama disebabkan faktor usia.