Seorang warga Myanmar menerima padah selepas ditahan polis kerana mengintai dan merakam gambar seorang kerani wanita sedang membuang air dalam tandas di tempat kerjanya di Taman Perindustrian Berjaya, Kempas pada Rabu.
Menurut Ketua Polis Johor Bahru Utara, ACP Mohd Taib Ahmad, mangsa berusia 23 tahun itu menyedari perbuatan lelaki berusia 20 tahun itu ketika sedang membuang air kecil di dalam tandas pejabatnya pada jam 10 pagi.
“Ketika kejadian, mangsa sedang berada di dalam tandas wanita di tingkat bawah dan ketika mahu membuang air kecil, dia menyedari ada seseorang sedang mengintai dengan menggunakan telefon bimbit.
“Mangsa kemudian bertindak keluar dari bilik air dan terus ke tandas sebelah dan mengetuk pintu bilik air berkenaan namun suspek tidak mahu membuka pintu tandas sebelum bertindak beredar dari situ dan meminta bantuan rakannya serta memaklumkannya kepada ketua jabatan,” tambah beliau.
Sejurus melaporkan kepada ketua jabatan, mangsa dan rakannya terus ke tandas dan mendapati seorang lelaki yang merupakan operator di pejabatnya berada dalam tandas tersebut.
“Mangsa terus mengambil telefon suspek tersebut dan mendapati terdapat beberapa gambar miliknya yang diambil dua hari sebelumnya 23 Julai di dalam tandas tersebut secara bersembunyi.
“Mangsa yang tidak berpuas hati dengan perbuatan rakan sepejabatnya itu telah pergi ke balai polis membuat laporan dan pihak polis telah menangkap suspek,” katanya lagi.
Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 509 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu mengaibkan kehormatan seseorang dan memiliki gambar lucah dalam telefon bimbit yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Bagi kesalahan memiliki gambar lucah dalam telefon bimbit pula, suspek boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Bernama
Thu Jul 25 2019
Ketika kejadian, mangsa sedang berada di dalam tandas wanita di tingkat bawah dan ketika mahu membuang air kecil, dia menyedari ada seseorang sedang mengintai dengan menggunakan telefon bimbit. - Gambar hiasan
Pengembara dari dan ke Singapura bawa lebih S$20,000 perlu lakukan pengisytiharan
Pengisytiharan menggunakan kertas pada masa ini akan dihentikan pada 13 Mei ini.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
AS tuduh China taja penggodam syarikat penyelidikan COVID-19
Jabatan Keadilan Amerika Syarikat menuduh China menaja penggodam yang mensasarkan makmal membangunkan vaksin COVID-19.
Lelaki Myanmar ditahan selepas rakam gambar kerani wanita buang air
Mangsa berusia 23 tahun itu menyedari perbuatan lelaki berusia 20 tahun itu ketika sedang membuang air kecil di dalam tandas pejabatnya.
Huawei pecat pekerja yang ditahan di Poland atas dakwaan pengintipan
Tiada bukti telah didedahkan secara umum dan syarikat itu sudah berulang kali menafikan tuduhan.
Intai, hendap perlu diklasifikasi sebagai jenayah - Pakar
Pakar undang-undang mengalu-alukan syor NGO supaya menjadikan perbuatan mengintip dan menghendap sebagai kesalahan jenayah di bawah kanun keseksaan.
Jadikan 'stalking' jenayah di Malaysia - WAO
Sudah tiba masanya kita berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain dunia yang telah memperluas takrifan intip dan hendap sebagai suatu jenayah.
Kamera rahsia pada botol syampu: Lelaki kantoi curi rakam 34 wanita mandi
Seorang lelaki di New Zealand, semalam mengaku bersalah atas perbuatan 'curi rakam' 34 wanita di rumah tamunya dengan menggunakan kamera rahsia pada botol syampu.
Arab Saudi haramkan tindakan 'intip' telefon pasangan
Undang-Undang Anti-Jenayah Siber yang baharu menjenayahkan aktiviti seperti mengintip data yang dihantar menerusi komputer tanpa kebenaran.
Rakyat AS bantah program pengintipan NSA
Rakyat Amerika membuat tunjuk perasaan membantah program perisikan Agensi Keselamatan Amerika Syarikat (NSA).
Indonesia beri jaminan tidak intip pemimpin asing semasa APEC
Jurucakap Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, Julian Aldrin Pasha berkata sebagai tuan rumah, Indonesia tidak akan melakukan perkara yang melanggar etika terhadap tetamunya.