awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM34 juta wang "scam" diselamatkan, RM6.7 juta dipulangkan kepada mangsa - Saifuddin Nasution
KKM pantau rapi, sah maklumat dengan saluran rasmi situasi virus Nipah di India
Gempa bumi sederhana landa Yogyakarta tengah hari tadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki nekad terjun dari bangunan plaza di Jalan Peel

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
22/10/2019
03:58 MYT
Lelaki nekad terjun dari bangunan plaza di Jalan Peel
Seorang lelaki berusia lingkungan 40an bertindak nekad apabila terjun dari tingkat 5 sebuah plaza di Jalan Peel, ibu negara. - Foto JBPM KL
Seorang lelaki berusia lingkungan 40an bertindak di luar kawalan apabila nekad terjun dari tingkat 5 sebuah plaza di Jalan Peel, di sini pagi tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan melaporkan kejadian pada jam 8.42 pagi.
“Seramai 13 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan Pudu digerakkan ke lokasi.
“Setibanya di lokasi pada 8.51 pagi, pihak bomba mendapati terdapat seorang lelaki telah terjun dari tingkat 5 bangunan plaza tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, kenyataan itu berkata lelaki yang dalam lingkungan 40an itu bagaimanapun terselamat namun mengalami kecederaan.
Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk mendapatkan rawatan.
Punca sebenar dia bertindak demikian tidak diketahui namun dipercayai ingin membunuh diri.
Kes berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#bomba
#hidup
#Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
#HUKM
#ibu negara
#Jalan Peel
#lelaki
#Pusat Gerakan Operasi PGO Bomba
#rawatan
#terjun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan