Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Lelaki Rohingya lari dari pusat kuarantin berjaya ditangkap

Lelaki Rohingya lari dari pusat kuarantin berjaya ditangkap
Seorang lelaki warga Rohingya yang dilaporkan melarikan diri dari Pusat Kuarantin Covid-19 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan pada Ahad sudah berjaya ditahan. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA : Seorang lelaki etnik Rohingya yang dilaporkan melarikan diri dari Pusat Kuarantin COVID-19 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan pada Ahad sudah berjaya ditahan, ujar Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Lelaki itu kemudian telah dimasukkan semula ke pusat kuarantin berkenaan.

"(Lelaki itu) sudah ditangkap. Yang lari itu sudah ditangkap dan dimasukkan balik ke hospital," katanya dalam sidang media harian di sini pada Selasa.

Pada Isnin, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, Balai Polis Tanjung Rambutan menerima laporan kehilangan lelaki dikenali sebagai Rohim Mohd Zokoria yang disedari hilang oleh petugas pusat berkenaan pada jam 11 pagi, Ahad.
Lelaki berkenaan dihantar ke pusat kuarantin pada Sabtu selepas ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Muallim.




Tag: ismail sabri yaakob, Sultan Azlan Shah, Hospital, Media, Rohingya, Ipoh, polis, hilang, Kementerian Kesihatan, kesihatan, keselamatan, menteri, lelaki, koronavirus



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.