Lelaki serang bekas isteri dan mentua dibebaskan - Polis

Lelaki serang bekas isteri dan mentua dibebaskan - Polis
Shafa'aton berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang ditahan kerana didakwa menyerang bekas isteri dan bapa mentua yang tular di media sosial sejak Sabtu, telah dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama.

Suspek berusia 34 tahun itu, dibebaskan pada Isnin lepas atas faktor kesihatan selepas mengemukakan surat rujukan perubatan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Shafa'aton Abu Bakar berkata pihaknya menerima satu laporan daripada bekas isteri suspek pada 4 Sept lepas yang mendakwa diri serta bapanya dipukul suspek.

Beliau berkata suspek telah hadir memberi keterangan pada Isnin lepas dan dibebaskan pada hari yang sama selepas mengemukakan surat rujukan perubatan berkenaan.

"Hasil laporan penuh perubatan yang dikemukakan suspek telah diterima oleh pihak saya dan laporan kes ini akan dirujuk kepada kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

BACA: KKM siasat kes doktor pukul bekas isteri, bapa mentua

Shafa'aton berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Pada Sabtu, tular satu video berdurasi satu minit setengah memaparkan seorang individu didakwa memukul bekas isteri serta bapa mentuanya selain paparan gambar menunjukkan kedua-dua mereka mengalami kecederaan di bahagian kepala.

-- BERNAMA