awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki tanggalkan gelang tangan pengesanan COVID-19 berdepan tindakan undang-undang

Astro Awani
Astro Awani
25/05/2020
09:39 MYT
Lelaki tanggalkan gelang tangan pengesanan COVID-19 berdepan tindakan undang-undang
Dev berkata, pihaknya juga telah menyerahkan kenyataan dan kes itu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.
Seorang lelaki yang merupakan inidvidu di bawah siasatan (PUI) berdepan tindakan undang-undang selepas melaanggar perintah pengawasan keluar ketika dalam tempoh kuarantin dengan menanggalkan gelang tangan pengesanan PUI.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar M.M Sree berkata, pihaknya juga telah menyerahkan kenyataan dan kes itu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.
"Ini sekarang adalah bidang kuasa KKM. Kita telah menyerahkan kes ini kepada kementerian itu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Terdahulu, lelaki itu memuat naik gambar di akaun Facebook miliknya yang memaklumkan bahawa dia telah keluar ke sebuah kedai walaupun masih dalam tempoh kuarantin pada hari ketujuh .
Tindakannya itu mendapat kritikan netizen di media sosial sehingga mendapat perhatian pihak polis.
Bagaimanapun suspek telah menyerah diri di Balai Polis Sibu Jaya pagi Ahad.
Gelang tangan itu berfungsi melaporkan lokasi dan menggalakkan individu yang menerima notis duduk di rumah untuk terus mematuhi arahan kuarantin.
Malah, maklumat terperinci dapat dikongsi dengan menggunakan telefon pintar menerusi bacaan kod QR pada peranti yang diikat di pergelangan tangan itu.
Topic Berkaitan
#Datuk Dev Kumar M M Sree
#gelang tangan pengesanan
#KKM
#Kuching
#perintah pengawasan
#PUI
#Sarawak
#tempoh kuarantin
#Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan