Tutup

Lelaki warga China mengamuk ketika ditahan di Senai

Lelaki warga China mengamuk ketika ditahan di Senai
Sebuah video tular di laman sosial menunjukkan seorang lelaki dipercayai warganegara China cuba memanjat dinding cermin di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru pada Ahad. Gambar: Twitter @CVO_II
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai warganegara China yang cuba memanjat dinding cermin di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru pada Ahad, seperti dalam sebuah video tular di laman sosial merupakan lelaki yang sama ditahan pihak polis pada malam Sabtu.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Kulai, Deputi Superintendan Yusof Othman ketika dihubungi Astro AWANI. 
"Itu lelaki yang ditahan pada 9.20 malam Sabtu, anggota polis diketuai Ketua Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dihantar ke lokasi kejadian.

"Lelaki itu tidak berpuas hati, apabila beliau dan anaknya tidak dibenarkan menaiki kapal terbang untuk berlepas ke China," katanya.
Lelaki berkenaan dan anaknya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dikuarantin dan diberikan rawatan.

BACA: Koronavirus: Polis tahan keluarga warga China enggan dikuarantin

Video berdurasi 25 saat yang di muat naik di akaun Twitter @CVO_II itu, memaparkan seorang lelaki berbaju putih cuba memanjat dinding cermin pengasingan.

Dalam video itu, lelaki berkenaan turut bertutur dengan bahasa China dan menunjukkan sekeping kertas kepada para petugas lapangan terbang.

Sebelum ini, lelaki berkenaan dikatakan membawa lari anaknya daripada dikuarantin di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, selepas pihak perubatan mendapati anaknya mempunyai simptom influenza seperti demam dan batuk.

Bagaimanapun tindakannya itu, memaksa salah seorang petugas di hospital berkenaan membuat laporan polis sebelum tangkapan dilakukan.


Tag: Astro Awani, Hospital, China, Johor Bahru, Kulai, Warganegara China, Ditahan, Laman sosial, Polis



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.