awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga Korea Selatan ditemukan mati di kondominium

Bernama
Bernama
10/03/2017
11:13 MYT
Lelaki warga Korea Selatan ditemukan mati di kondominium
Hasil laporan bedah siasat, lelaki berumur 42 tahun itu mati akibat sakit jantung kira-kira empat hari lepas berdasarkan kesan pereputan pada mayat. - Gambar Hiasan
Seorang lelaki warga Korea Selatan ditemukan mati di sebuah kondominium di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata hasil laporan bedah siasat, lelaki berumur 42 tahun itu mati akibat sakit jantung kira-kira empat hari lepas berdasarkan kesan pereputan pada mayat.
"Mayat kini berada di Hospital Kuala Lumpur dan pihak kedutaan Korea Selatan telah dimaklumkan bagi mengesan anggota keluarganya," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Menurutnya polis dimaklumkan kes itu selepas menerima panggilan daripada seorang pengawal keselamatan kondominum berkenaan pada 10.41 malam tadi yang terhidu bau busuk dari dalam rumah lelaki itu.
Beliau berkata polis dan pengawal keselamatan terpaksa menendang pintu bagi membukanya dan menemukan mayat lelaki itu dalam keadaan tertiarap di atas katil.
Munusamy berkata daripada maklumat ejen yang mengurus sewa unit kondominium itu, lelaki asing itu datang ke Malaysia untuk mempelajari bahasa Inggeris dan menyewa kediaman itu sejak Mei tahun lepas. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#lelaki
#mati
#mayat
#polis
#R. Munusamy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan