announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Lelaki warga Nigeria mengaku tidak bersalah bunuh jururawat, Siti Kharina

Lelaki warga Nigeria mengaku tidak bersalah bunuh jururawat, Siti Kharina
Gilbert mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan membunuh Siti Kharina pada Mei tahun lepas. --fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Seorang lelaki warga Nigeria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin, Mei tahun lepas.

Alowonle Oluwajuwon Gilbert, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.

Gilbert dituduh membunuh Siti Kharina di satu unit Kondominium Third Avenue, Cyberjaya antara pukul 12.41 pagi 9 Mei 2019 hingga 2.30 petang, 15 Mei tahun sama mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen sama, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Nazneen Zulkifli manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Hazizah Kassim.

Mahkamah menetapkan 13 Ogos ini untuk sebutan semula kes dan prosiding perbicaraan dijalankan pada 1, 2, 3, 15, 21 dan 22 Sept depan.


Pada 16 Mei tahun lepas, media melaporkan penemuan mayat Siti Kharina selepas polis menerima maklumat daripada orang awam yang melihat darah mengalir keluar daripada unit kondominium berkenaan.

Mayat ketua jururawat itu ditemukan terbaring dalam keadaan tidak berpakaian lengkap selain terdapat kesan kelar pada dada, leher serta kepala mangsa dan polis percaya Siti Kharina dibunuh dalam tempoh empat hingga lima hari berdasarkan keadaan fizikalnya.


-- BERNAMA





Tag: Alowonle Oluwajuwon Gilbert, Siti Kharina Mohd Kamarudin, Ketua Jururawat, Hospital Serdang, warga Nigeria, mengaku tidak bersalah, bunuh, Kondominium Third Avenue, Cyberjaya, mayat, darah, tidak berpakaian lengkap



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.