awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lemas ketika cuba selamatkan anak saudara

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
10/11/2019
15:10 MYT
Lemas ketika cuba selamatkan anak saudara
Mangsa ditemui oleh pihak bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di pantai berkenaan. - Foto ihsan JBPM
Seorang lelaki ditemukan lemas ketika cuba menyelamatkan anak saudaranya yang dihanyutkan ombak dalam kejadian di Pantai Kalambu, daerah ini, petang Ahad.
Dalam kejadian itu, mangsa, Abd Salleh Hamza, 47, ditemui oleh pihak bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di pantai berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.29 petang tadi.
Menurut beliau, sebaik tiba di lokasi, pihaknya berjaya menemukan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dihanyutkan ombak deras di kawasan pantai tersebut.
Kanak-kanak itu seterusnya digegaskan ke hospital untuk rawatan lanjut.
"Operasi SAR kemudiannya diteruskan bagi mengesan bapa saudara mangsa yang turut dihanyutkan ombak ketika cuba menyelamatkan kanak-kanak berkenaan.
"Mangsa berjaya ditemui kira-kira 100 meter dari pantai dalam keadaan tidak sedarkan diri, kita kemudiannya memberikan bantuan pernafasan kecemasan sebelum ketibaan pasukan paramedik.
"Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kudat untuk rawatan kecemasan namun disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital," katanya.
Topic Berkaitan
#Abd Salleh Hamza
#Balai Bomba dan Penyelamat
#Hospital Kudat
#Kudat
#lemas
#operasi mencari dan menyelamat
#Pantai Kalambu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan