awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lemas: Mayat mangsa kedua ditemukan

Bernama
Bernama
19/02/2018
21:32 MYT
Lemas: Mayat mangsa kedua ditemukan
Seorang daripada tujuh individu yang dikhuatiri lemas ditemui anggota Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Tentera Malaysia pada 9.49 malam di Sungai Buloh di Jambatan Kampung Paya Jaras Hulu pada Isnin. -fotoBERNAMA
Satu lagi mayat ditemui awal hari ini dalam operasi pencarian lima orang hilang dikhuatiri lemas ketika memancing di sungai berhampiran Kem Sungai Buloh semalam.
Ini membawa kepada jumlah dua mayat dijumpai setakat ini susulan insiden yang berlaku petang semalam apabila arus deras menghanyutkan mangsa manakala tiga lagi terselamat.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, mayat berkenaan yang lengkap berpakaian ditemui tersangkut pada pokok pada jam 1.26 pagi, kira-kira sembilan kilometer dari lokasi kejadian di Sungai Gasi.
Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat dan pengecaman.
Mayat pertama ditemui kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian pada jam 9.49 malam tadi.
Polis sebelum ini tidak menolak kemungkinan terdapat lebih ramai mangsa berdasarkan maklumat daripada siasatan awal kejadian mengenai kewujudan beberapa pemancing lain di kawasan itu ketika kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#Kem Sungai Buloh
#lemas
#mangsa
#mayat
#operasi
#pemancing
#pencarian
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan